Berita seumpama ini sering kita kedengaran di dada-dada akhbar tempatan sama ada media elektronik atau media cetak. Hal demikian kerana masalah ponteng sekolah ini sering menjadi isu yang sering hangat diperkatakan.Menurut kamus dewan ponteng sekolah didefinasikan sebagai kegiatan meninggalkan sekolah tanpa sebab atau diluar pengetahuan sekolah.
Punca masalah ponteng sekolah ini berlaku disebabkan ibu bapa kurang memberi kasih sayang dan perhatian terhadap anak mereka.Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa pada zaman ini kebanyakannya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Hal demikan menyebabkan tugas untuk mendidik dan menyediakan keperluan harian anak-anak telah diambil alih oleh pembantu rumah.Oleh itu, situasi ini menyebabkan berlakunya keruntuhan keluarga dalam masyarakat.Malah, ibu bapa juga tidak sempat untuk mnerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak mereka.Kekurangan didikan agama menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran di sekeliling mereka. Kurangnya kasih sayang dan tekanan dalam diri seseorang pelajar yang datang daripada keluarga bermasalah menyebabkan mereka cuba untuk ponteng sekolah.
Seterusnya, disebabkan suasana pembelajaran di sekolah yang membosankan. Hal demikian menyebabkan para pelajar kurang berminat untuk hadir ke sekolah.Sukatan pembelajaran yang diperkenalkan di peringkat sekolah juga kurang menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk menyertai sesi pengajaran.Terdapat sukatan pelajaran yang memerlukan banyak teknik pengahafalan seperti mata pelajaran sejarah. Situasi ini menyebabkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas kerana menganggap mata pelajaran tersebut membebankan.Oleh itu mereka akan mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untu ponteng sekolah.Hal demikian menyebabka mereka akan sering ketinggalan dalam sesi pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Tambahan pula, kurangnya motivasi dalam diri menyebabkan para plajar muah putus asa untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Selain itu pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan para pelajarmudah terjerumus dalam masalah ponteng sekolah.Hal demikian kerana rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelajar.Pengaruh rakan sebaya menyebabkan minda para pelajar mudah dipengaruhi hingga menyebabkan mereka befikir secara tidak rasional.Kebanyakan para pelajar sekolah lebih gemar menghabiskan masa di pusat komputer.Tambahan pula pusat komputer menyediakan kemudahan permainan video yang menyoronokkan sehingga mereka mempunyai ketagihan melampau menyebabkan mereka sanggup menghabiskan wang saku.Hal demikian menyebabkan para pelajar sering mencari alasan untuk ponteng sekolah. Malah kurangnya kesedaran menuntut ilmu dalam diri menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan.Hal demikian bagi memastikan setiap kehadiran para pelajar dapat dipantau dan diambil tindakan sewajarnya.Oleh itu situasi ini memudahkan kerja guru untuk mengemaskini data maklumat murid.
Masalah ponteng sekolah ini dapat dikurangkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan.Mereka seharusnya memantau pergerakan anak-anak pada setiap masa. Oleh itu didikan awal dari rumah sangat penting bagi memastikan anak-anak diberi perhatian yang secukupnya.Ibu bapa juga dapat mengetahui pergerakan anak-anak mereka diluar waktu persekolahan.Didikan tidak formal sejak kecil sangat penting bagi memastikan disiplin anak-anak dapat dibentuk.Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Tambahan pula anak-anak perlu diserapkan dengan nilai-nilai agama didalam diri mereka .Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak mereka ketika waktu lapang.Hal demikian bagi memastikan anak-anak dapat merasa diri mereka dihargai.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah sangat penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dankeberkesanan kaunseling tersebut.Malah, para pelajar yang bermasalah juga dapat diberi peluang untuk membuat keputusan dalam hidup mereka.Dengan adanya kaunselor pengalaman ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar.Mereka juga dapat berkongsi masalah dengan pihak kaunselor.Oleh itu,ia dapat mengurangkan konflik yang dihadapi oleh remaja tersebut.Malah situasi ini juga dapat mendekatkan diri pelajar dengan pihak sekolah.
. Kesimpulannya.masalah ponteng sekolah ini dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan bekerjasama bagi membanteras masalah ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah.Oleh itu semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan masalah ponteng dapat dikurangkan.Hal demikian kerana ia akan meningkatkan masalah sosial dinegara ini
Disediakan oleh: NOORHASNIDAR BT JAMALUDDIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan