Gejala merokok kian meningkat akhir-akhir ini walaupun pelbagai kempen telah dijalankan untuk mengurangkan kadar remaja merokok.Ramai remaja,sama ada lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat ini merupakan golongan yang berusia 13 hingga 21 tahun.Dalam usia muda dan mencabar ini,ramai remaja yang terpengaruh dan cuba berjinak-jinak dalam tabiat merokok .Mereka juga semakin berani dan bebas merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu.
Antara faktor remaja merokok adalah disebabkan oleh kesibukan ibu bapa mengejar kebendaan dan kemewahan.Pada zaman berteknologi ini,ibu bapa terlalu taksub mencari rezeki sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak.Bagi mereka dengan membekalkan wang ringgit yang banyak kepada anak-anak,mereka sudah menjalankan tugas dengan baik.Walhal,cara mereka mendidik anak-anak adalah tidak betul.Hal ini demikian kerana anak-anak mereka menyalahgunakan wang yang diberikan oleh ibubapa mereka dengan membeli rokok dan membelanjakan wang tersebut ke arah aktiviti yang tidak berfaedah.Ibu bapa yang sibuk bekerja kebiasaannya kurang meluangkan masa bersama anak-anak.Keadaan ini dapat dilihat ibu bapa pada masa kini akan keluar mencari rezeki pada waktu pagi dan pulang pada waktu malam.Mereka tidak berpeluang bersama anak-anak dan bertanyakan tentang pelajaran anak-anak mereka.kesannya anak-anak kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka dan perhatian yang secukupnya.

Rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor remaja terjebak dalam kegiatan merokok.Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan orang kedua selepas ibu bapa.Remaja yang kurang mendapat perhatian ibu bapa akan meluangkan masa mereka bersama rakan-rakan.Oleh hal yang demikian,tidak hairanlah jika mereka turut terpengaruh dengan rakan-rakan yang merokok.Selain itu,mereka juga dicabar atau diajak oleh rakan-rakan agar turut merokok bersama.Remaja yang menghadapi masalah keluarga seperti perceraian ibu bapa,kematian orang yang disayangi dan sebagainya akan mudah terpengaruh kerana bagi mereka rakan-rakan merupakan tempat mereka meluahkan perasaan,bermain dan lain-lain lagi.Mereka mengambil rokok untuk menghilangkan rasa kebosanan dan menganggap rokok dapat melupakan masalah yang dihadapinya.Keadaan ini menyebabkan mereka mengambil rokok lebih daripada 5 hingga 10 batang rokok dalam satu hari.Kesannya,mereka menjadi ketagih dan tabiat tersebut sukar untuk dikikis sehingga mereka sanggup melakukan jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan rokok.
Kegiatan merokok dalam kalangan pelajar akan terus meningkat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan sekiranya langkah pencegahan yang efektif tidak diambil.Ibu bapa perlulah lebih bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi keluarga kerana hubungan yang rapat antara ibu bapa dengan anak-anak dapat mengeratkan lagi sesuatu hubungan yang kekeluargaan.Selain itu,ibu bapa juga dapat mengetahui permasalahan anak-anak mereka di rumah ataupun di luar rumah.Fungsi ibu bapa bukan sahaja mendidik anak-anak.Malah,mereka juga boleh menjadi sahabat kepada anak-anak mereka untuk berkongsi pendapat,meluahkan perasaan,dan sebagainya.Ibu bapa juga harus memberi pendidikan agama secara berterusan serta perhatian yang lebih agar mereka tidak merasa jauh dan tidak merasakan diri mereka tidak disayangi.Mencari rezeki bukan alas an ibu bapa untuk melepaskan tanggungjawab mereka.Ibu bapa perlu bersikap tolak ansur dan bersikap terbuka dalam mendidik anak-anak agar masalah lepas tangan tidak berlaku.Selain itu,ibu bapa juga perlu mengetahui latar belakang rakan anak-anak mereka dan perlu memerhati setiap tindak tanduk anak-anak mereka di rumah ataupun di luar rumah.Langkah ini dapat mengelakan daripada berlakunya kegiatan sosial seperti melepak,terlibat dengan perlumbaan haram dan sebagainya.
Peranan media massa juga penting untuk mengatasi masalah merokok dalam kalangan remaja.Hal ini demikian kerana dengan adanya teknologi yang canggih,iklan-iklan yang kreatif serta dapat menarik perhatian umum dapat meresap jauh ke dalam jiwa individu terutamanya golongan remaja.Pihak kerajaan seharusnya mengehadkan pengiklanan rokok di televisyen,papan iklan,tempat awam seperti restoran dan sebagainya.Dalam usia remajalah kita perlu menjaga dan mengawal tingkah laku mereka agar tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah serta tidak bermoral.Dalam usia sebegini juga,mereka perlu menjaga kesihatan agar tidak menimbulkan sebarang penyakit.Selain itu,pihak berkenaan juga perlu mendedahkan kesan-kesan merokok seperti contoh-contoh organ yang rosak akibat merokok seperti hati,jantung,buah pinggang dan sebagainya.Kandungan bahan yang terdapat dalam rokok seperti tar,bahan pencuci,racun serangga juga perlu diperbanyak agar remaja mengetahui kandungan tersebut merupakan bahan yang boleh membunuh sel-sel dalam badan.Langkah ini dapat membantu remaja mengetahui lebih jelas tentang isi kandungan yang terdapat di dalam rokok tersebut.
Selain itu,kempen anti merokok juga perlu dianjurkan olehpihak-pihak berkenaan terutamanya kepada pelajar sekolah.kempen ini boleh dianjurkan di sekolah,karnival universiti,dewan serbaguna dan sebagainya.Contohnya Kempen 'Tak Nak Merokok','Belia Benci Rokok' dan sebagainya.
Kempen-kempen seperti ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan keburukan merokok kepada para remaja khususnya dan masyarakat umumnya.Kempen yang dianjurkan mestilah menarik perhatian para remaja terutamanya penceramah yang hadir untuk mengendalikan ceramah tersebut.Gaya pengucakapan dan interaksi yang baik antara penceramah dengan para remaja dapat membantu keberkesanan pencegahan merokok. Penceramah perlu menekankan kesan pengambilan rokok pada usia muda dan kesan jangka panjang akibat merokok.Hal ini demikian kerana melalui pendedahan akibat merokok,para remaja dapat mengelakkan diri daripada merokok.Sokongan masyarakat terhadap kempen ini juga dapat menjayakan lagi program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Gejala merokok dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan sedar akan kesan buruk yang akan berlaku kepada remaja.Hal ini demikian kerana remaja merupakan aset penting negara yang bakal memimpin negara pada generasi akan datang.
Hasil Coretan :~Nor Asiah Bt Ibrahim 206052
Hasil Coretan :~Nor Asiah Bt Ibrahim 206052
Tiada ulasan:
Catat Ulasan