Masalah sosial yang melibatkan pengunaan dadah sudah kerap dibicarakan di media massa serta di media cetak . Tetapi adakah masyarakat mengambil iktibar ataupun mengambil langkah berhati-hati daripada terjebak dengan penggunaan dadah yang berbahaya ini? Kebanyakkan masyarakat kita tidak mengambil tahu akan kesan daripada penyalahgunaan dadah kepada kehidupan kita nanti. Dadah didefinasikan sebagai satu bahan kimia pembuatan . Ia juga merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada satu bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal ,mental,emosi , serta tingkahlaku pengguna apabila menggunakan dadah . Terdapat pelbagai jenis dadah dan ada diantaranya boleh mengakibatkan ketagihan yang melampau.Penagihan dadah merupakan salah satu masalah sosial yang terjadi di kalangan masyarakat kita sekarang .Masalah ini kian menular akibat daripada pelbagai aspek.Tanpa kita sedari,kita juga telah menggunakan dadah iaitu apabila menggunakan ubatan seperti panadol.Tetapi penggunaan dadah sebegitu tidak berbahaya jika dibandingkan dengan dadah seperti syabu dan pil-pil khayal. Golongan yang selalu terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini adalah terdiri daripada golongan remaja . Bukan hanya golongan remaja,malah golongan artis juga sekarang banyak terjebak dengan aktiviti ini. Mereka ini selalunya bermula dari peringkat remaja dimana mereka baru berjinak –jinak dalam kancah dadah ini, dan aktiviti ini akan berterusan jika tiada usaha untuk berhenti. Maka masalah sosial ini perlulah dikenalpasti akan punca berlaku masalah ini dan cara untuk menghindarinya .
Antara faktor yang membawa kepada masalah sosial ini adalah sikap ingin mengetahui dan mencuba yang ada pada setiap manusia .Bermula dengan hanya mencuba ,akhirnya seseorang itu akan mula menagih dadah. Jika dahulu penagihan berlaku pada golongan berpendidikan rendah tetapi pada masa kini golongan yang menggunakan dadah terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi malah terdiri daripada golongan yang berkejaya. Faktor lain yang mempengaruhi masalah sosial ini adalah pengaruh daripada rakan-rakan . Apabila tejebak dengan rakan-rakan yang menagih, sedikit sebanyak kita juga akan mula terpengaruh akan sikap mereka . Mereka akan mula memujuk kita untuk mencuba sahaja ,tetapi keseronokan seketika itu hanya akan memakan diri sendiri kerana akhirnya kita akan mula terjebak di dalam aktiviti tidak sihat ini.Selain daripada itu faktor untuk mendapatkan ketenangan jiwa juga menjadi sebab kepada penagihan dadah ini. Kebanyakkan golongan atasan mengambil langkah mudah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dengan menggunakan dadah seperti pil estasi , ganja , dan syabu. Mereka hanya mengambil jalan cepat untuk menenangkan jiwa. Tekanan daripada keluarga, desakan daripada orang sekeliling serta persekitaran yang memerlukan persaingan . Bagi golongan pelajar mereka menjadikan dadah sebagai alasan untuk lebih fokus di dalam pembelajaran. Mereka mengangap bahawa penggunaan dadah akan dapat memberikan ketenangan kepada mereka. Faktor lain yang mengundang kepada masalah ini adalah kurangnya penghayatan kepada agama. Hal ini selalunya berlaku kepada golongan yang kurang didikan agama dan selalunya daripada keluarga yang berpecah belah. Mereka ini terasa disisihkan dan untuk mencari keseronokan mereka menggunakan jalan singkat adalah dengan penggunaan dadah.Pegangan agama yang rendah membolehkan seseorang itu mudah terjebak kerana jika seseorang itu mempunyai poengangan yang teguh terhadap pengangan agama akan tahu akibatnya daripada penggunaaan dadah .Media massa juga sedikit sebanyak memberikan maklumat dengan cepat kepada masyarakat tentang dadah.Maka masyarakat terutamanya golongan remaja akan mengetahui jenis –jenis dadah dan akan mula membelinya dengan mudah.Antara perlakuan biasa bagi orang yang menagih adalah seperti mata mereka merah, insomnia, menurunan berat badan serta kerap menggosok hidung.
Setelah faktor diperolehi, maka terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diikuti. Langkah yang pertama adalah badan-badan kerajaan membuat kempen di sekolah bagi menekankan keburukan dadah dan bahaya nya ia terhadap diri seseorang .Kempen-kempen sebegini akan dapat menolong sedikit sebanyak kepada golongan remaja untuk lebih mengetahui tentang bahana jika mengambil dadah.Selain daripada itu , langkah lain yang boleh digunakan adalah dengan memilih kawan yang betul. Pemilihan rakan sebaya yang betul akan dapat mengelakkan kita daripada terjebak daripada masalah sosial yang berbahaya ini. Hal ini kerana golongan remaja selalu terpengaruh akan gejala yang tidak sihat. Langkah lain yang membolehkan masyarakat daripada terjebak adalah dengan pengangan agama . Jika kita mempunyai pegangan agama yang tinggi ,maka kita tidak akan terjerumus di dalam aktiviti tidak sihat ini. Mendekatkan diri dengan tuhan,akan dapat memberikan kita untuk mengenalpasti akan kebaikan dan keburukan dadah itu. Dengan adanya tertubuhnya pertubuhan seperti pemadam dan pengasih , masalah penangihan ini akan boleh dibanteras . Organisasi ini akan membantu golongan penagih untuk berhenti menagih secara perlahan-lahan.Selain itu , penagih dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan bukannya menjadi sampah masyarakat. Kesimpulan daripada masalah sosial ini adalah ,kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah dadah ini kerana ianya akan mengundang bahaya kepada diri sendiri malahan memburukan nama negara kita sendiri pada pandangan mata orang luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan