Isnin, 9 Ogos 2010

GEJALA SOSIAL 'MAT REMPIT'

Pelumba motosikal haram atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala ini telah wujud sekian lama di jalan raya di negara ini.Gejala ‘rempit’ sering kita lihat tertumpu di ibu kota,bandar raya,kampung dan hampir kesemua negeri di Malaysia.Statistik polis menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terlibat adalah remaja  berusia belasan tahun dan awal 20-an menunggang motosikal dengan cara berbahaya dengan mempamerkan aksi berani mati mereka yang dirakam,dimuat turun di laman web internet seperti aksi ‘wheelie’,berdiri,terbaring terlentang selagak superman dan sebagainya yang amat dibanggakan oleh mereka.Walau bagaimanapun,bukan sahaja mat rempit  menjadi peragut,kaki lepak,perogol,penagih dadah,malahan, gadis belasan tahun juga  turut terjebak sebagai minah rempit, pelacur dan sebagainya.






Apakah mat rempit sudah semakin berani untuk melanggar undang-undang? Gagalkah penguatkuasaan pihak polis membendung masalah ini? Selepas reda dengan isu bohsia,buli,meledak pula isu mat rempit ini diikuti isu penyalahgunaan dadah,pil khayal,rogol,gangsterisme dan sebagainya.Kemelut mat rempit ini bukanlah satu isu yang mudah untuk ditangani.Sebagaimana isu sosial yang lain,mencari kesalahan dan meletakkan kesilapan itu pada individu tertentu tidak dapat mengatasi masalah remaja yang timbul akibat tekanan dan permasalahan yang wujud di persekitaran.Punca-punca kemelut sosial ini saling berkait rapat dan sukar untuk memastikan punca sebenar yang menjadi dalang kepada isu ini.Antara yang menjadi punca kepada gejala rempit ini ialah sikap individu itu sendiri dan pengaruh daripada rakan sebaya.Remaja merempit untuk mencari keseronokan,kepuasan,kemahsyuran,wang dan perempuan dengan hanya berbekalkan RM 4 ringgit untuk minyak dan keberanian  untuk beraksi sama ada untuk mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan.Kemalangan jiwa tidak menjadi  halangan untuk mereka  merempit bahkan,bukan sedikit rakan yang telah cedera dan maut tetapi kerana seronok,bukanlah menjadi masalah kepada mereka.Malah ada yang berbangga dengan parut dan berapa kerat tulang yang patah.


Era modenisasi kini juga merupakan faktor tercetusnya gejala ini dari segi perubahan hidup,ekonomi,institusi keluarga dan masyarakat adalah harga untuk sebuah kemodenan.Perubahan cara hidup dan corak asuhan mempengaruhi sikap remaja untuk turut terlibat dalam isu ini.Dunia yang makin moden tanpa sempadan ini memungkinkan pelbagai unsur negatif diserap ke jiwa remaja.Kesibukan ibu bapa dalam mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak-anak di rumah.Kasih sayang yang hilang,jiwa yang kosong dan pelbagai godaan di luar menawan remaja untuk merempit menjadi alternatif yang ada untuk menghilangkan kebosanan dan ketegangan di rumah untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.


Antara langkah proaktif yang perlu dilakukan untuk membanteras gejala ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata,malah pihak lain seperti badan bukan kerajaan(NGO),parti-parti politik,ahli masyarakat dan ibu bapa haruslah berganding bahu dan perlu memainkan peranan masing-masing.Antaranya ialah dengan memantapkan institusi keluarga dan komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik seperti Program Latihan Khidmat Negara(PLKN),Kursus Bina Insan, Program Rakan Muda dan sebagainya untuk menggalakkan amalan hidup sihat dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek kepada remaja.Di samping itu,langkah terbaru sebuah parti politik untuk menaikkan imej mat rempit tidak harus dipandang ringan.Ia bertujuan untuk mendekati golongan mat rempit ini dengan mengenal pasti masalah mereka dan menyediakan satu ‘platform’ aktiviti berfaedah yang menyeronokkan.Sebagai contohnya,Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik untuk membanteras gejala mat rempit di kalangan remaja yang berleluasa kini.


Tindakan tegas,hukuman dan denda yang setimpal perlu diberi kepada mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram juga merupakan langkah efektif untuk menangani masalah ini.Cadangan untuk merampas motosikal serta menggantung lesen mereka yang terlibat dalam lumba haram merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan ke dalam pindaan undang-undang memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius isu lumba haram ini dan tidak teragak-agak mengambil langkah drastik untuk menangani masalah ini.Namun demikian,peranan ibu bapa juga  memainkan peranan penting untuk menjayakan usaha tersebut dalam mendidik dan membina peribadi  anak-anak mereka disamping pengajaran atau hukuman yang setimpal kepada pelumba haram,penonton dan penganjur kegiatan berbahaya itu juga bakal menerima hukuman sewajarnya seperti hukuman penjara dan mandatori kepada pelumba haram tidak melebihi lima tahun atau denda antara RM 5000 hingga RM 15000 jika disabitkan kesalahan.


Kesimpulannya,pembabitan semua pihak bagi mengawal masalah yang tidak berkesudahan ini daripada terus menular perlu dilaksanakan segera oleh semua pihak termasuklah kerajaan,(NGO),ibu bapa dan ahli masyarakat harus berganding bahu dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh rasa empati,mengambil pendekatan terbaik,penguatkuasaan yang berterusan mampu membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang terbabit daripada terjebak atau menjadi mangsa kepada keghairahan mereka sendiri yang akan merosakkan masa depan serta akan memudarkan wawasan 2020


Hasil nukilan:Harisun 205930

RASUAH

Rasuah dapat disimpulkan dalam bahasa mudah difahami iaitu perbuatan memberikan suapan dalam bentuk wang atau keistimewaan tertentu kepada penerima rasuah dengan memenuhi permintaan pemberi rasuah berkenaan. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi dengan sepenuhnya maka gejala rasuah dan ketidakadilan akan berleluasa. Agama islam juga melarang umatnya terlibat dalam gejala rasuah seperti sabda Rasulullah “penerima dan pemberian rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. Hal ini membuktikan islam melarang perbuatan keji ini dan bukan sahaja terbatas kepada penerima rasuah semata-mata malah pemberi dan sesiapa yang bersubahat dalam gejala rasuah ini.


Mengapa fenomena ini terjadi? Punca utama berlakunya fenomena ini ialah terlalu mengejar material. Hal ini bukan bermaksud harta tidak perlu dicari tetapi perlu adil antara pencarian harta dunia dan akhirat. Pada era globalisasi ini, manusia lebih sibuk mencari duit sehingga sanggup melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan undang-undang iaitu rasuah. Perkara ini perlu dibendung kerana mereka yang mencari harta sebegini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap insan yang lemah. Selain itu, pengejaran material semata-mata juga sering menyebabkan seseorang itu lalai menunaikan tanggungjawab sosial sama ada terhadap keluarga mahupun masyarakat. Selain itu kemodenan sesebuah negara juga menyebabkan rasuah berlaku. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan yang semakin rancak menyebabkan pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak mungkin. Kepesatan  pembangunan ini memperlihatkan kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman  jika gagal atau lambat menyiapkan sesuatu projek.


Kesan yang ketara dapat dilihat di sini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya ,gejala ini  menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kebajikan  masyarakat dan ketenteraman negara. Dengan kadar jenayah yang meningkat, pembangunan sedikit sebanyak akan terganggu. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang ramai terhadap kepimpinan negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, pemerintah akan kehilangan hasil yang sepatutnya diterima. Contohnya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.


Langkah yang drastik perlu diambil segera iaitu memantapkan iman dan jati diri. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling kuat untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu benci akan rasuah sama ada rakyat biasa, kakitangan kerajaan atau pemimpin secara amnya, maka amalan rasuah dapat diatasi ke akar umbi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis gejala rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Selain itu, melalui sistem pendidikan di sekolah dan di pusat-pusat pengajian. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.Sistem pendidikan juga akan membentuk generasi seterusnya yang bebas daripada gejala rasuah. Seterusnya meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dengan segera untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir panjang sebelum cuba untuk aktif dalam gejala rasuah ini lantaran takut menerima  hukuman berat yang bakal diterima.


Kesimpulannya, kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha menangani gejala rasuah ini bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya pengurusan yang dijalankan telus dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pentadbiran yang telus dan cekap amat penting bagi menerajui negara ini melepasi risiko ekonomi yang sering melanda. Kerjasama yang diberikan di harap dapat menghakis gejala rasuah ini dari terus berlaku pada masa akan datang.


dikarang oleh:-NURSELLA 205929

Ahad, 8 Ogos 2010

BULI

Dewasa ini kes buli semakin  membimbangkan masyarakat.Laporan mengenai gejala buli yang dipaparkan  dalam media cetak dan media elektronik menunjukkan gejala buli yang berlaku sekarang semakin ekstrem sehingga ada yang membawa maut.Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.Buli boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara langsung(fizikal)seperti disepak,diugut dan secara tidak langsung(mental) seperti melibatkan kata-kata(verbal) termasuklah diejek,ditertawakn dan lain-lain perbuatan tidak langsung yang boleh mengakibatkan tekanan kepada mangsa.


Isu kes buli  ini telah menimbulkan suasana yang tidak selamat sama ada di sekolah,pusat pendidikan dan tempat kerja.Gejala buli di tempat kerja melibatkan pekerja atasan dengan pekerja bawahan dan pekerja baru dengan pekerja lama.Perbuatan buli di tempat kerja adalah seperti melontarkan kata-kata pedas atau kesat,tindakan meminggirkan pekerja,menyuruh pekerja membuat kerja yang tidak bersangkut paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi.Walaupun kes buli ini juga boleh didapati di tempat kerja,namun kes buli di sekolah menunjukkan peningkatan yang tinggi. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai punca berlakunya kes buli di kalangan pelajar sekolah.


Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif.Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing.Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka.Sebagai contoh,Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut.Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yng dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang.Ironinya,kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak.


Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli.Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan  rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas.Lambakan filem aksi seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan  pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke  alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan  akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa  menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya.Ada  sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli.


Gejala buli ini akan mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi luaran dan dalaman.Kesan luaran yang dilihat pada mangsa buli ialah kecederaan yang dialami pada fizikal mereka dan besar kemungkinana kecederaan yang parah akan membawa kepada kematian.Kesan dalaman pula ialah kesan psikologi ke atas mangsa buli seperti trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap pelajaran.Ada sesetengah mangsa yang mengalami tekanan akan menanam azam untuk membalas dendam kepada orang lain.Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengembalikan harga diri mereka kembali.Manakala pelajar yang  membuli pula akan dikenakan tindakan seperti digantung persekolahan dan jika sesuatu kes buli tersebut membawa kepada kematian maka kes tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.


Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi jika membabitkan kematian.Semua pihak harus berganding bahu menggembleng tenaga dalam usaha memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat.Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Hal ini demikian ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah pelajar sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”Ibu bapa boleh menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.Di samping itu,ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan yang tidak bermoral.Sebagai contoh ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak tentang aktiviti yang dilakukan anak-anak di luar waktu sekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral.


Para pelajar juga haruslah peka dan bijak dalam memilih rakan sebaya supaya mereka tidak tersilap memilih rakan.Hal ini kerana seseorang individu tersebut sedikit sebanyak akan terikut-ikut perangai rakan sebaya mereka.Jika baik perangai rakan-rakan mereka,maka baik juga sikap mereka nanti.Penglibatan aktif kumpulan pelajar dalam persatuan seperti Persatuan Pencegahan Jenayah akan menjadikan pelajar tersebut terhindar daripada gejala sosial yang tidak berfaedah.


Selain itu, filem dan rancangan televisyan yang memaparkan aksi yang ganas juga harus ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem terlebih dahulu.Hal ini kerana pelajar mudah terikut-ikut akan adegan yang ditunjukkan seperti di dalam filem tersebut juga.Pemilihan bahan tontonan yang bersesuaian juga digalakkan bagi membina sahsiah seterusnya memupuk kecerdasan minda pelajar.Misalnya,ibu bapa boleh memilih rancangan televisyen yang bersesuaian dengan pelajar semasa membuat pemilihan rancangan dari rangkaian televisyen terbesar seperti Astro.


Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia harus lebih efektif dalam usaha  menerapkan subjek Pendidikan Moral,Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam ke dalam kurikulum sekolah.Pengajaran subjek ini dipercayai akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan moral yang tinggi dan menggalakkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.Pihak sekolah  juga haruslah melaksanakan program ‘sekolah angkat’ dengan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi memantau aktiviti pelajar di seluruh pelosok kawasan sekolah terutamanya kawasan yang tersorok.


Konklusinya,gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat.Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.”.Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini.Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan.


Dikarang oleh: Nur Ain binti Yusof










a)
b)

Sabtu, 7 Ogos 2010

penagihan dadah

      Masalah sosial yang melibatkan pengunaan dadah sudah kerap dibicarakan di media massa serta di media cetak . Tetapi adakah masyarakat mengambil iktibar ataupun mengambil langkah berhati-hati daripada terjebak dengan penggunaan dadah yang berbahaya ini? Kebanyakkan masyarakat kita tidak mengambil tahu akan kesan daripada penyalahgunaan dadah kepada kehidupan kita nanti. Dadah didefinasikan sebagai satu bahan kimia pembuatan . Ia juga merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada satu bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal ,mental,emosi , serta tingkahlaku pengguna apabila menggunakan dadah . Terdapat pelbagai jenis dadah dan ada diantaranya boleh mengakibatkan ketagihan yang melampau.Penagihan dadah merupakan salah satu masalah sosial yang terjadi di kalangan masyarakat kita sekarang .Masalah ini kian menular akibat daripada pelbagai aspek.Tanpa kita sedari,kita juga telah menggunakan dadah iaitu apabila menggunakan ubatan seperti panadol.Tetapi penggunaan dadah sebegitu tidak berbahaya jika dibandingkan dengan dadah seperti syabu dan pil-pil khayal. Golongan yang selalu terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini adalah terdiri daripada golongan remaja . Bukan hanya golongan remaja,malah golongan artis juga sekarang banyak terjebak dengan aktiviti ini. Mereka ini selalunya bermula dari peringkat remaja dimana mereka baru berjinak –jinak dalam kancah dadah ini, dan aktiviti ini akan berterusan jika tiada usaha untuk berhenti. Maka masalah sosial ini perlulah dikenalpasti akan punca berlaku masalah ini dan cara untuk menghindarinya .
      Antara faktor yang membawa kepada masalah sosial ini adalah sikap ingin mengetahui dan mencuba yang ada pada setiap manusia .Bermula dengan hanya mencuba ,akhirnya seseorang itu akan mula menagih dadah. Jika dahulu penagihan berlaku pada golongan berpendidikan rendah tetapi pada masa kini golongan yang menggunakan dadah terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi malah terdiri daripada golongan yang berkejaya. Faktor lain yang mempengaruhi masalah sosial ini adalah pengaruh daripada rakan-rakan . Apabila tejebak dengan rakan-rakan yang menagih, sedikit sebanyak kita juga akan mula terpengaruh akan sikap mereka . Mereka akan mula memujuk kita untuk mencuba sahaja ,tetapi keseronokan seketika itu hanya akan memakan diri sendiri kerana akhirnya kita akan mula terjebak di dalam aktiviti tidak sihat ini.Selain daripada itu faktor untuk mendapatkan ketenangan jiwa juga menjadi sebab kepada penagihan dadah ini. Kebanyakkan golongan atasan mengambil langkah mudah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dengan menggunakan dadah seperti pil estasi , ganja , dan syabu. Mereka hanya mengambil jalan cepat untuk menenangkan jiwa. Tekanan daripada keluarga, desakan daripada orang sekeliling serta persekitaran yang memerlukan persaingan . Bagi golongan pelajar mereka menjadikan dadah sebagai alasan untuk lebih fokus di dalam pembelajaran. Mereka mengangap bahawa penggunaan dadah akan dapat memberikan ketenangan kepada mereka. Faktor lain yang mengundang kepada masalah ini adalah kurangnya penghayatan kepada agama. Hal ini selalunya berlaku kepada golongan yang kurang didikan agama dan selalunya daripada keluarga yang berpecah belah. Mereka ini terasa disisihkan dan untuk mencari keseronokan mereka menggunakan jalan singkat adalah dengan penggunaan dadah.Pegangan agama yang rendah membolehkan seseorang itu mudah terjebak kerana jika seseorang itu mempunyai poengangan yang teguh terhadap pengangan agama akan tahu akibatnya daripada penggunaaan dadah .Media massa juga sedikit sebanyak memberikan maklumat dengan cepat kepada masyarakat tentang dadah.Maka masyarakat terutamanya golongan remaja akan mengetahui jenis –jenis dadah dan akan mula membelinya dengan mudah.Antara perlakuan biasa bagi orang yang menagih adalah seperti mata mereka merah, insomnia, menurunan berat badan serta kerap menggosok hidung.
        Setelah faktor diperolehi, maka terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diikuti. Langkah yang pertama adalah badan-badan kerajaan membuat kempen di sekolah bagi menekankan keburukan dadah dan bahaya nya ia terhadap diri seseorang .Kempen-kempen sebegini akan dapat menolong sedikit sebanyak kepada golongan remaja untuk lebih mengetahui tentang bahana jika mengambil dadah.Selain daripada itu , langkah lain yang boleh digunakan adalah dengan memilih kawan yang betul. Pemilihan rakan sebaya yang betul akan dapat mengelakkan kita daripada terjebak daripada masalah sosial yang berbahaya ini. Hal ini kerana golongan remaja selalu terpengaruh akan gejala yang tidak sihat. Langkah lain yang membolehkan masyarakat daripada terjebak adalah dengan pengangan agama . Jika kita mempunyai pegangan agama yang tinggi ,maka kita tidak akan terjerumus di dalam aktiviti tidak sihat ini. Mendekatkan diri dengan tuhan,akan dapat memberikan kita untuk mengenalpasti akan kebaikan dan keburukan dadah itu. Dengan adanya tertubuhnya pertubuhan seperti pemadam dan pengasih , masalah penangihan ini akan boleh dibanteras . Organisasi ini akan membantu golongan penagih untuk berhenti menagih secara perlahan-lahan.Selain itu , penagih dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan bukannya menjadi sampah masyarakat. Kesimpulan daripada masalah sosial ini adalah ,kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah dadah ini kerana ianya akan mengundang bahaya kepada diri sendiri malahan memburukan nama negara kita sendiri pada pandangan mata orang luar.

                                                                 

masalah sosial:ragut

Masalah ragut semakin berleluasa di dalam masyarakat masa kini.Mengapa masalah ini terjadi? Adakah disebabkan faktor peragut yang mempunyai sikap malas untuk bekerja ,maka mengambil jalan singkat untuk mendapatkan duit iaitu dengan meragut ataupun masalah sikap masyarakat yang malas bekerja . Kita sedar ragut berpunca daripada masalah kesempitan wang serta kesempatan yang diambil daripada kelalaian orang lain. Peragut mada masa kini sudah berani untuk melakukanya di khalayak ramai malah turut mencederakan mangsa tersebut. Mangsa ragut akan berhadapan dengan kerugian malah turut mengalami kecederaan dan trauma yang teruk. Mereka ini meragut menggunakan motosikal bagi memudahkan mereka untuk melarikan diri dengan cepat .Selepas meragut mangsa, mereka menolak mangsa,dan ini mengakibatkan mangsa ragut mengalami kecederaan dengan teruk dan ada beberapa kes dimana mangsa ragut yang mengalami kematian selepas beberapa hari koma di dalam hospital. Masalah yang kian meruncing ini amat membimbangkan masarakat sekitar akan keselamatan berada di tempat-tempat awam malah untuk membawa anak-anak mereka untuk beriadah kerana khuatir akan keselamatan anak-anak meraka. Lazimnya peragut tidak merancang secara terperinci ketika melakukan jenayah ini. Sebaliknya, keadaan mangsa, suasana sekeliling, dan sikap peragut itu sendiri yang mendorong berlakunya ragut. Faktor seperti keadaan persekitaran yang sunyi, mangsa berjalan sendirian, dan ruang yang luas untuk melarikan diri, memberikan peluang peragut bertindak pantas meragut beg tangan atau barang kemas mangsa.Malah kes yang terkini, peragut sudah mula berani meragut beg tangan mangsa yang menaiki kereta apabila mangsa berhenti di simpang ataupun perhentian lampu merah .Peragut akan memecahkan cermin tingkap mangsa dan mengacukan pisau ataupun yang terkini adalah pistol . Hal ini akan menakutkan mangsa dan mereka akan menurut segala arahan peragut . Kebanyakan ragut dilakukan oleh penagih dadah dan pengganggur akibat mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang.






Kes ragut ini berpunca daripada pelbagai faktor .Antara faktor yang boleh kita lihat adalah disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak prihatin dan leka akan tahap keselamatan mereka .Terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak serik dan tidak mahu mengambil langkah berhati- hati untuk mengelakan mereka daripada diragut. Mereka ini sering mempamerkan beg tangan dan barang kemas di bahagian yang memudahkan peragut untuk menragut.maka tidak hairanlah jika kebanyakan mangsa ragut adalah dari kalangan wanita. Hal ini terjadi kerana mereka hanya memegang beg tangan sambil lewa dan jika di dalam kenderaan mereka hanya meletakan beg tangan di kerusi bahagian sebelah tanpa mengunci pintu kereta . Ini akan menarik perhatian para peragut yang menaiki motor.Selain daripada itu adalah faktor ekonomi sekarang yang tidak begitu menentu menyebabkan berlakunya masalah penganguran yang meningkat. Terdapat ramai yang tidak mendapat pekerjaan dan bersikap memilih pekerjaan. Ekoran daripada itu, golangan ini bertindak untuk mencari jalan pintas untuk mendapatkan duit iaitu dengan meragut orang ramai. Mereka ini mengangap bahawa dengan meragut mereka tidak perlu bertungkus lumus untuk mendapatkan wang dengan cepat. Faktor yang seterusnya adalah kurangnya kesedaran sivik dan didikan agama terhadap diri seseorang .Hal ini mendorong seseorang untuk melakukan masalah social yang sudah boleh dianggap jenayah iaitu ragut. Kebanyakan golongan yang melakukan ragut ini kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja .Faktor kurangnya didikan agama daripada ibu bapa juga mendorong lepada masalah ini. Pada zaman masa kini dimana wang menjadi sangat penting membuatkan mereka leka maka melupakan tangungjawab mereka dalam mendidik dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Faktor lain yang boleh kita lihat adalah pengaruh rakan sebaya .Biasanya golongan remaja ini mempunyai sikap ingin mencuba dan mencari keseronokan . Masa yang ada kebanyakannya dipenuhi bersama rakan-rakan sebaya.Apabila rakan yang dipilih tidak betul maka golongan remaja ini cepat terikut-ikut akan kelakuan mereka. Faktor lain yang boleh dikenalpasti adalah pengaruh media massa seperti internet, dan tv. Golongan ini akan cuba meniru perlakuan seperti yang mereka lihat . Hal ini kerana penggunaan media ini membolehkan golongan ini mendapatkan maklumat dengan mudah. Faktor seperti tiada hukuman yang berat akan dijatuhkan juga membuatkan kejadian ragut ini semakin berleluasa .Peragut tidak akan serik dan mereka tidak akan takut untuk berbuat demikian .

Pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus berleluasa .Langkah yang boleh dibuat adalah dengan sentiasa mengunci kenderaan anda apabila ingin memulakan perjalanan selain dari tidak meletakkan beg tangan di bahagian yang tidak boleh dilihat peragut. Bagi yang menaiki kenderaan bermotot pula pula bolehlah mengelakan daripada meletakkan beg atau dompet di bahagian raga motor. Selain daripada itu , orang ramai perlulah mengelakkan daripada memakai banyak barangan kemas dan menonjolkan ia . Hal ini akan menjadikan anda tarikan kepada peragut dan anda akan diekori oleh mereka. Langkah lain adalah dengan mengelakkan daripada melalui lorong-lorong gelap dan digalakkan untuk menggunakan jalan yang mempunyai ramai orang . Anda juga bolehlah mengelakkan daripada berasak-asak untuk menaiki atau turun daripada bas ataupun komuter.Hal ini akan memudahkan peragut mengambil kesempatan Bagi kesedaran pula ibu bapa bolehlah sentiasa memerhati anak-anak daripada melakukan ia selain daripada didikan agama dan nilai-nilai murni yang diterapkan . Kesimpulannya masalah ragut ini perlulah ditangani dengan cepat supaya ia tidak akan menjejaskan ekonomi serta nama baik Negara kita pada pandangan mata orang luar.

Jumaat, 6 Ogos 2010

ISU PEMBUANGAN BAYI






Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di Negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Mereka juga tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Isu buang bayi ini nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Ini kerana semakin banyaknya penemuan bayi yang tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan liputan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah.
Apakah punca berlakunya hal tersebut ? Hal ini berpunca dari sikap masyarakat yang tidak perihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Tardapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembungan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih – lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut.
          Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka juga hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.Status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Faktor lain turut dikenal pasti adalah perasaan malu dan takut oleh remaja dan wanita yang hamil anak luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka. Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial Yang disediakan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dapat dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserap bulat-bulat kepada pihak hospital dan JabatanKebajikan Masyarakat hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah.
Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir itu ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan. Justeru, pelbagai langkah perlu dijalankan oleh kerajaan iaitu kerajaan perlulah mengkaji semula seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan keatas mereka yang bersalah. Ini diperlukan agar remaja berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran daripada itu mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan menggelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. . Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu awal remaja (12-18) dan akhir remaja (18-22)
Disamping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka kearah kebaikan. Nescaya dengan iman yang kukuh mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang negatif. Ini kerana mereka sudah boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat mereka hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat dan murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. 

Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak olah perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan ini Masyarakat, misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan.
          Di samping itu, ibu-ibu mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Langkah yang seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank bayi ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dengan cara ini nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding trajedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.
Stastik menunjukkan Fenomena seks bebas ini berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di Negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini yang melakukan hubungan seks luar nikah. Justeru itu, fenomena tersebut meninggalkan impak kepada bayi,ibu bayi, keluarga remaja, masyarakat dan Negara.
Bayi merupakan anugerah tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Apa yang lebih teruk,bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tiada hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tampat yang tidak sepatutnya, misalnya di buang di tandas, rumah kosong, sungai,longkang,tong sampah atau rumah ibadat. Seterusnya kesan terhadap ibu bayi iaitu wanita  yang hamil ini biasanya dihantui persaan takut dan malu serta kemungkinan yang disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan . Wanita juga mungkin mengalami jangkitan kuman sewaktu bersalin dan kehilangan banyak darah kerana tidak menjalani kaedah rawatan yang sebenar.     
Justeru, remaja haruslah memanfaatkan usia remaja mereka kerana remaja merupakan pelapis,dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara.

NURULAIN 205996

Khamis, 5 Ogos 2010

Ketagihan Permainan Video

Ketagihan permainan video di Malaysia masih kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.Walaubagaimanapun,kita perlu akui masalah ini sering berlaku di persekitaran tempat tinggal kita dan gejala ponteng sekolah juga berkait rapat dengan isu ini.Hal ini demikian kerana pelajar sekolah sering ditangkap di 'cyber cafe' kerana bermain permainan video secara talian.Isu ini perlu diberi perhatian  sebelum menjadi barah seperti yang dialami oleh Korea Selatan,Jepun,Amerika Syarikat dan lain-lain kerana kebanyakkan remaja di negara-negara tersebut berhenti sekolah kerana ketagihan permainan video.


Masalah ketagihan permainan video adalah pengaruh rakan sebaya.Hal ini demikian kerana kebanyakan masalah sosial seperti ponteng sekolah,pergaulan bebas,buli dan lain-lain berkait rapat dengan pengaruh daripada rakan sebaya.Rakan sebaya memainkan peranan yang penting kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi,berinteraksi dan berkongsi masalah sesama mereka.Mereka juga akan mencari rakan mereka apabila berasa bosan untuk melakukan sesuatu aktiviti atau sekadar berbual-bual.Sekiranya kawan yang dicarinya itu sedang bermain permainan video sekali gus  menimbulkan perasaan ingin mencuba dan menyebabkan lahirnya perasaan seronok sehingga menghabiskan masa yang terluang untuk aktiviti yang tidak berfaedah ini,Keseronokkan daripada bermain permainan video ini menjadi sebati dengan jiwa remaja itu dan akhirnya menjadi satu kebiasaan serta menjurus kepada ketagihan.




Selain itu,pengaruh media massa dan elektonik.Pelbagai jenis permainan video dicipta dan diperkenalkan seperti Xbox,Playstation,GameBoy,Wii dan lain-lain.Oleh itu,pihak media massa dan elektronik berlumba-lumba menyajikan maklumat tentang permainan video tersebut menerusi  radio,internet,majalah,surat khabar dan lain-lain.Maklumat tentang aksi-aksi yang dipaparkan menggunakan kualiti grafik yang tinggi dan rekaan model permainan video yang menarik dapat mempengaruhi kegairahan remaja unuk mencuba.

Kesannya,pelajaran terabai dalam kalangan remaja.Hal ini demikian kerana remaja menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan video ini dan bukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar iaitu menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.Mereka juga sanggup tidak tidur semalaman demi mendapatkan kepuasan dalam bermain permainan video ini dan mengganggu pembelajaran apabila sering mengantuk serta tidur di sekolah.


Seterusnya,mendorong perlakuan jenayah selari dengan  kecanggihan teknologi 3 Dimensi(3D) yang semakin popular memaparkan aksi-aksi ganas dan kejam dalam permainan video seperti Dragon Age Orign yang telah diterbitkan pada tahun 2009.Permainan video ini menyaksikan aksi-aksi ekstrem dan ganas dilimpahi dengan darah serta pembunuhan merupakan perkara biasa dalam konsep permainan video ini menjerus kepada keterujaan remaja untuk mempraktikkan pada kehidupan sebenar pada haiwan dan tidak mustahil pada manusia.

Antara sedutan babak Dragon Age Origin.


Langkah yang perlu diambil ialah pengawasan dari ibu bapa.Ibu bapa harus pandai mendidik dan mengajar anak-anak untuk membahagikan masa antara pelajaran,bermain,bersukan dan lain-lain.Oleh itu,anak-anak akan mempraktikkan apa yang diajar oleh ibu bapa.Ibu bapa juga tidak boleh melarang anak-anak bermain permainan video kerana ia hanya memburukkan keadaan kerana anak-anak akan memberontak,sebaliknya ibu bapa haruslah memilihkan jenis-jenis permainan yang sesuai dan menerangkan akibat-akibat negatif jika memilih permainan bertemakan pembunuhan,penyeksaan,rompakan dan lain-lain serta tidak sesuai pada peringkat umur anak-anak.Hal ini demikia kerana anak-anak akan faham dan terdedah tentang kesan-kesan negatif yang akan dihadapinya sekiranya tidak mematuhi perintah ibu bapa.Ibu bapa juga boleh memilih permainan yang dapat meransang minda yang kreatif dan inovasi bagi ketajaman minda anak-anak seperti permainan yang bertemakan teka-teki,matematik,pengetahuan am dan lain-lain serta menghadkan masa untuk bermain permainan video ini.

Sesungguhnya,masalah ini harus dibendung dengan segera supaya ia tidak melarat seperti isu mat rempit dan semua pihak haruslah berganding bahu untuk membanteras masalah ini.

untuk kajian yang lebih terperinci klik disini


Disediakan oleh Nur Suffiza Bt Ahmad Sofian.
206051

Selasa, 3 Ogos 2010

Ponteng Sekolah


   Berita seumpama ini sering kita kedengaran di dada-dada akhbar  tempatan sama ada media elektronik atau media cetak. Hal demikian kerana masalah ponteng sekolah ini sering menjadi isu yang sering hangat diperkatakan.Menurut kamus dewan ponteng sekolah didefinasikan sebagai kegiatan meninggalkan sekolah tanpa sebab atau diluar pengetahuan sekolah.


   Punca masalah ponteng sekolah ini berlaku disebabkan ibu bapa kurang memberi kasih sayang dan perhatian terhadap anak mereka.Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa pada zaman ini kebanyakannya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Hal demikan menyebabkan tugas untuk mendidik dan menyediakan keperluan harian anak-anak telah diambil alih oleh pembantu rumah.Oleh itu, situasi ini menyebabkan berlakunya keruntuhan keluarga dalam masyarakat.Malah, ibu bapa juga tidak sempat untuk mnerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak mereka.Kekurangan didikan agama menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran di sekeliling mereka. Kurangnya kasih sayang dan tekanan dalam diri seseorang pelajar yang datang daripada keluarga bermasalah menyebabkan mereka cuba untuk ponteng sekolah.

    Seterusnya, disebabkan suasana pembelajaran di sekolah yang membosankan. Hal demikian menyebabkan para pelajar kurang berminat untuk hadir ke sekolah.Sukatan pembelajaran  yang diperkenalkan di peringkat sekolah juga kurang menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk menyertai sesi pengajaran.Terdapat sukatan pelajaran yang memerlukan banyak teknik  pengahafalan seperti mata pelajaran sejarah. Situasi ini menyebabkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas kerana menganggap mata pelajaran tersebut membebankan.Oleh itu mereka akan mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untu ponteng sekolah.Hal demikian menyebabka mereka akan sering ketinggalan dalam sesi pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Tambahan pula, kurangnya motivasi dalam diri menyebabkan para plajar muah putus asa untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.


   Selain itu pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan para pelajarmudah terjerumus dalam masalah ponteng sekolah.Hal demikian kerana rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelajar.Pengaruh rakan sebaya menyebabkan minda para pelajar mudah dipengaruhi hingga menyebabkan mereka befikir secara tidak rasional.Kebanyakan para pelajar sekolah lebih gemar menghabiskan masa di pusat komputer.Tambahan pula pusat komputer menyediakan kemudahan permainan video yang menyoronokkan sehingga mereka mempunyai ketagihan melampau menyebabkan mereka sanggup menghabiskan wang saku.Hal demikian menyebabkan para pelajar sering mencari alasan untuk ponteng sekolah. Malah kurangnya kesedaran menuntut ilmu dalam diri menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

  Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan.Hal demikian bagi memastikan setiap kehadiran para pelajar dapat dipantau dan diambil tindakan sewajarnya.Oleh itu situasi ini memudahkan kerja guru untuk mengemaskini data maklumat murid.

   Masalah ponteng sekolah ini dapat dikurangkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan.Mereka seharusnya memantau pergerakan anak-anak pada setiap masa. Oleh itu didikan awal dari rumah sangat penting bagi memastikan anak-anak diberi perhatian yang secukupnya.Ibu bapa juga dapat mengetahui pergerakan anak-anak mereka diluar waktu persekolahan.Didikan tidak formal sejak kecil sangat penting bagi memastikan disiplin anak-anak dapat dibentuk.Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Tambahan pula anak-anak perlu diserapkan dengan nilai-nilai agama didalam diri mereka .Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak mereka ketika waktu lapang.Hal demikian bagi memastikan anak-anak dapat merasa diri mereka dihargai.

  Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah sangat penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dankeberkesanan kaunseling tersebut.Malah, para pelajar yang bermasalah juga dapat diberi peluang untuk membuat keputusan dalam hidup mereka.Dengan adanya kaunselor pengalaman ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar.Mereka juga dapat berkongsi masalah dengan pihak kaunselor.Oleh itu,ia dapat mengurangkan konflik yang dihadapi oleh remaja tersebut.Malah situasi ini juga dapat mendekatkan diri pelajar dengan pihak sekolah.

. Kesimpulannya.masalah ponteng sekolah ini dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan bekerjasama bagi membanteras masalah ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah.Oleh itu semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan masalah ponteng dapat dikurangkan.Hal demikian kerana ia akan meningkatkan masalah sosial dinegara ini



Disediakan oleh: NOORHASNIDAR BT JAMALUDDIN

Layout by Izzat Khairani. Powered by Blogger