Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di Negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Mereka juga tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Isu buang bayi ini nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Ini kerana semakin banyaknya penemuan bayi yang tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan liputan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah.
Apakah punca berlakunya hal tersebut ? Hal ini berpunca dari sikap masyarakat yang tidak perihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Tardapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembungan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih – lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut.
Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka juga hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.Status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Faktor lain turut dikenal pasti adalah perasaan malu dan takut oleh remaja dan wanita yang hamil anak luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka. Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial Yang disediakan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dapat dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserap bulat-bulat kepada pihak hospital dan JabatanKebajikan Masyarakat hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah.
Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir itu ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan. Justeru, pelbagai langkah perlu dijalankan oleh kerajaan iaitu kerajaan perlulah mengkaji semula seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan keatas mereka yang bersalah. Ini diperlukan agar remaja berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran daripada itu mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan menggelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. . Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu awal remaja (12-18) dan akhir remaja (18-22)
Disamping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka kearah kebaikan. Nescaya dengan iman yang kukuh mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang negatif. Ini kerana mereka sudah boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat mereka hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat dan murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur.
Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak olah perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan ini Masyarakat, misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan.
Di samping itu, ibu-ibu mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Langkah yang seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank bayi ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dengan cara ini nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding trajedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.
Stastik menunjukkan Fenomena seks bebas ini berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di Negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini yang melakukan hubungan seks luar nikah. Justeru itu, fenomena tersebut meninggalkan impak kepada bayi,ibu bayi, keluarga remaja, masyarakat dan Negara.
Bayi merupakan anugerah tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Apa yang lebih teruk,bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tiada hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tampat yang tidak sepatutnya, misalnya di buang di tandas, rumah kosong, sungai,longkang,tong sampah atau rumah ibadat. Seterusnya kesan terhadap ibu bayi iaitu wanita yang hamil ini biasanya dihantui persaan takut dan malu serta kemungkinan yang disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan . Wanita juga mungkin mengalami jangkitan kuman sewaktu bersalin dan kehilangan banyak darah kerana tidak menjalani kaedah rawatan yang sebenar.
Justeru, remaja haruslah memanfaatkan usia remaja mereka kerana remaja merupakan pelapis,dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara.
NURULAIN 205996
Tiada ulasan:
Catat Ulasan